1.0 PENGENALAN INDUSTRI
PELANCONGAN
1.1 Industri
Perindustrian
bermaksud penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi
yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan
perkhidmatan.Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan
dikebanyakan negara membangun, terutama dari segi daya pengeluaran dan daya
keupayaan penyerapan tenaga buruh.Pada zaman sebelum merdeka hinggalah
sekarang, sektor perindustrian mencatatkan sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi
Negara.
Dalam proses
memajukan Negara , tonggak kepimpinan Negara telah mengambil langkah berwibawa
dengan membawa kemajuan dan transformasi dalam sektor ini .Ini merupakan
inisiatif bijak dari pihak kerajaan dimana ia telah memandang penting
kenyataan ,“Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah berasaskan
kepada sektor perindustrian” Hal ini telah menjadikan sektor
perindustrian di Negara ini antara sektor terpenting dalam penyumbang kemajuan
Negara. Sektor perkhidmatan terdiri daripada pelbagai subsektor yang
sebahagiannya boleh diperdagangkan termasuklah industri pelancongan.
1.2 Pelancongan
Pelancongan
adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan
tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di
destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan
mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya
segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu
senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang
sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong
(Matthieson dan Wall, 1991).
Dalam konteks
dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial
yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin
meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor
pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep,
1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling
kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam (Salah Wahab
dan Cooper, 2003).
Dari perspektif
sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan
perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium
pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan
pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi
dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang
(terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina
sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan
perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok
Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah
didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel
di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang
menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).
Ironinya,
begitulah serba ringkas senario perkembangan sektor pelancongan di dunia
sehingga ke hari ini. Malah, kini dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian
yang tinggi serta jalinan hubungan yang baik antara sebuah negara dengan negara
yang lain, sektor pelancongan terus menjadi sektor yang semakin berkembang
terutamanya dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Dalam konteks
Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan
pelancong sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang sebanyak RM 18.1
bilion kepada pendapatan negara (Malaysia, 2006). Perkembangan sektor
pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi
industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini
merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang
bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan
secara mampan (Nurulashila Khalid, 2006).
1.3 Industri
Pelancongan
Oxford English
Dictionary mendefinisikan pelancongan adalah orang yang membuat lawatan atau
kunjungan pada masa kelapangan (Honey, 1999). Di Malaysia industri pelancongan
mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri pelancongan tidak dianggap sebagai
aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke tahun 1970 kerana pada masa itu,
sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih timah adalah jauh lebih
penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri
pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan
dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan
pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan
hasil kerajaan.
Kini Malaysia
di iktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi pelancongan utama,
dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan 15
antara teratas dari segi penerimaan global. Industri pelancongan juga merupakan
penyumbang yang penting kepada ekonomi Negara. Pelancongan menjadi suatu bidang
pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang
lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini.
Pelancongan
merujuk kepada pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, dan ia merangkumi
subsektor yang berikut: penginapan, membeli-belah, produk pelancongan (iaitu
ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti lain yang berkaitan
seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta pengangkutan dalam
negeri (inbound) dan pengangkutan domestik.
Malaysia
mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk melonjakkan dirinya menjadi
destinasi pelancongan yang utama. Industri pelancongan sudah sememangnya besar,
telah pun berkembang secara tekal dengan pantas untuk tempoh 10 tahun yang
lepas dan juga mempunyai kedudukan daya saing global yang kukuh. Asas yang
kukuh ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan
kepada ekonomi Negara.
2.0 TAHAP
PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Di
Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri
pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke
tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan
bijih timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula
membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti
peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang
pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan
ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan (Zainab dan Shaharuddin, 1997:177;
Ghazali Musa, 2000:144). Tourism Development Corporation of Malaysia (TDC)
ditubuhkan pada tahun 1972, perbadanan ini bertanggungjawab menjalankan
pembangunan pelancongan. Pada masa itu, TDC tidak diberi keutamaan dengan
kewangan yang terhad. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah
ditubuhkan pada tahun 1987. Kementerian ini memainkan peranan dalam menyediakan
insentif, meningkatkan mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih
menyeluruh dan menyediakan peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya
kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia
sehingga ke hari ini.
Kejayaan pembangunan dalam industri pelancongan dapat
dilhat melalui kejayaan Tahun Melawat Malaysia 1990, sumbangan sektor ini
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus meningkat. Malahan sumbangannya
masih terus meningkat lagi selepas kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998 dengan
cara menggalakkan aliran masuk wang ke dalam negara dan mengurangkan aliran
keluar matawang negara dan seterusnya memulihkan krisis ekonomi negara. Pada
tahun ini juga kerajaan telah mengambil inisiatif dalam mempertingkatkan
kemudahan-kemudahan asas seperti menaiktaraf jeti, menaiktaraf Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi
menampung kemasukan pelancong asing yang kian bertambah. (Unit Perancang
Ekonomi, 1991). Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk
pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20
bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun
2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang
diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga
paling ramai menerima pelancong diAsia Timur – selepas China dan Hong Kong.
Malaysia
merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia
yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan
warga tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat
memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya
berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara
maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru
negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan
industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti
pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan
persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya
menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat
Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen
dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan
berjuta-juta ringgit)di dalam dan luar negara.
Sektor
pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi
negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar
Negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit,
gas dan tenaga, dan petroleum. Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca
kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan.
Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur
negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar
seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada
ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di
Malaysia.
Menurut petikan dari MStar (2012),
Malaysia merekodkan ketibaan 24,714,324 pelancong asing sepanjang tahun 2011,
mengatasi jumlah 24,577,196 pada 2010. Daripada jumlah itu, negara juga turut
mencatatkan perolehan sebanyak RM58.3 bilion pada 2011 berbanding RM56.5 bilion
pada tahun sebelumnya. Seterusnya tahun 2012, Malaysia mencatat rekod
peningkatan kedatangan pelancong sebanyak +1.2% dengan jumlah sebanyak
9,438,592 orang bagi lima bulan pertama tahun 2012.
Purata kedatangan pelancong ke
Malaysia dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan demi peningkatan walaupun
terdapat beberapa punca masalah yang berlaku di Malaysia seperti wabak
penyakit, perubahan cuaca dan peristiwa yang terkini yang menimpa Malaysia
adalah berkaitan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 serta kemalangan
yang menimpa pesawat MH17 yang menggemparkan seluruh dunia. Hal ini dijangkakan
purata pelancong melawat Malaysia akan menurun tetapi sebaliknya. Berdasarkan
kenyataan Datuk Seri Najib Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia memberi
kenyataan bahawa sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam
terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9
peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014. Walaupun suatu tahun
penuh duka sengsara yang menyaksikan dunia turut bersedih namun industri
pelancongan kita masih mampu menarik 27.44 juta pelancong dengan pendapatan
berjumlah RM72 bilion. (Berita Harian Online, 2015).
Sehingga kini, sektor pelancongan
merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan,
kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan
menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK). Unit
Perancangan Ekonomi (2010) Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai
menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong. Hal ini
menunjukkan bahawa sejak awal tahun 80-an sehingga kini perhatian kerajaan
terhadap sektor tersebut.
3.0 KEPENTINGAN
DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA.
Nilai ringgit telah susut berbanding dengan mata wang
rakan dagang utama, termasuk Amerika Syarikat, Great Britain, zon euro, Japan,
China, Singapura dan Thailand. Semenjak
September 2014 sehingga kini, nilai ringgit telah susut di dalam lingkungan 20%
berbanding dengan nilai mata wang negara-negara tersebut. Sektor eksport dan pelancongan domestik
dijangka mendapat manfaat dari penurunan nilai ringgit ini. Barangan Malaysia menjadi lebih murah di
pasaran antarabangsa jika di bayar dengan dolar Amerika. Begitu juga pelancong-pelancong yang
menggunakan dolar Amerika untuk berbelanja di Malaysia merasa seolah-olah
mereka 20% lebih kaya.
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menjelaskan bahawa pihak kerajaan
telah mensasarkan kehadiran pelancong seramai 29 juta pelancong dengan
pendapatan RM89 billion pada tahun 2015 sempena penganjuran Tahun Festival
(MyFest 2015). Hal ini disebabkan pelancongan menjadi penggerak utama tukaran
wang asing. Melalui kedatangan pelancong asing, dapatlah sesebuah negara
memperoleh kadar pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak.
Setiap pelancong membawa mata wang asing untuk berbelanja serta membayar kos
penginapannya selama menetap di sesuatu destinasi. Pelancong juga akan
menggunakan kemudahan awam, membeli cenderamata, makanan, minuman dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat menambahkan pendapatan negara.
Seterusnya, wang yang diperolehi oleh kerajaan dapat digunakan untuk
pembangunan ekonomi, kemudahan-kemudahan pelancongan dan pembangunan fizikal
negara.
Dari segi
ekonomi, sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi
pengaliran wang asing masuk ke negara kita.Pelancong yang datang dari negara
luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia
sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan
atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan
untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar
negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan
yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja
menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan
keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
Di samping
itu,sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini
adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat
penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu
pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong asing amat menggemari
makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka
diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf
lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan
warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan
makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil
menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan
menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini
mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat
penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan
peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan
untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara
pakej seperti”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah
kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan
tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan
untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini
membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri
dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Oeh itu,sektor
pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara kita.
Dari segi
politik,sektor pelancongan dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero
dunia.Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang,
Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan
peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu
menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai
kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan
negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut.
Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia
dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh
dunia. Ini telah membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia
bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat
mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima
bertepatan dengan maksud peribahasa,”Sambil Menyelam Minum Air”.
4.0 HALANGAN
ATAU CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
Sektor
pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara
yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka
dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua
agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan
pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar
dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah
daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak
cabaran yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan.
Antara cabaran
yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan negara-negara
yang lain. Hal ini demikian, bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang
lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap
sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara
mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama
pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik
para pelancong ke negara kita.
Terdapat
berbagai motif yang mendorong pelancong asing untuk melancong di Malaysia,
termasuk membeli belah atau cuma ingin menikmati kecantikan alam semula
jadi. Perlu diingat bahawa Malaysia
merupakan salah satu destinasi membeli belah yang utama di dunia. Maka nilai ringgit yang rendah membuatkan
barangan Malaysia bertambah kompetitif.
Tidak kurang juga pelancongan bermusim terutama dari hemisfera utara
yang melarikan diri dari kesejukan sambil menikmati keindahan tropika, terutama
bersempena cuti hujung tahun.
Tidak
kira apa alasan sekali pun, sudah pasti pelancong-pelancong asing yang
berkunjung ke sesuatu negara menginginkan pengalaman yang terbaik. Antara lain, mereka ingin melihat
persekitaran yang bersih, masyarakat yang berbudi bahasa dan mereka tidak
tertipu. Kita sering mendengar laporan
pelancong asing tertipu di sana sini, terutama berkaitan dengan
mendiskriminasikan harga. Walaupun,
ianya merupakan kes-kes yang terpencil namun memberikan kesan yang amat buruk
kepada imej negara. Majoriti pengusaha-pengusaha yang jujur terkesan dengan
sikap segelintir pengusaha yang rakus sebegitu.
Malaysia
mempunyai banyak produk pelancongan berkaitan alam semula jadi yang unik dan
bertaraf dunia. Tidak kurang ramai
pelancong yang memfokuskan kepada produk alam semula jadi, seperti pantai,
hutan dan sebagainya. Namun tidak kurang
juga sebahagian dari produk tersebut telah dicemari oleh manusia, sama ada
dirosakkan atau dikotori. Sudah tentu, keadaan
sebegini memberi pengalaman yang tidak enak untuk pengunjung di sebalik
anugerah semula jadi yang menakjubkan. Pencemaran alam sekitar juga merupakan
salah satu cabaran sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini
disebabkan, pencemaran alam sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk
akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah
merosakkan kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa kini, negara kita
mempunyai alam sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang
bagi sektor pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi
buruk, sektor pelancongan di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong
hendak menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta
busuk.
Selain itu,
tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran yang kita akanhadapi
politikyang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.Sebagai contoh,
Pergaduhan yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah
menyebabakan pelancong dari negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan
kaselamatan diri semasa melancong. Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke
sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang keindahan negara kerana imej
yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan membawa
lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan membawa
banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.
Bukan itu
sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga
merupakan salah satu faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan
kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap
bahawa mereka akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya
daripada nenek moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam
sektor pelancongan kerana pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang
tidak sama di negara lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti
permainan, seni, persembahan yang tradisional dan seandai-andainya.
Umumnya,
faktor-faktor negatif yang berkaitan dengan sikap manusia tersebut memberi
kesan sampingan yang buruk kepada industri pelancongan, terutama untuk jangka
masa panjang. Ianya memberi publisiti
negatif untuk negara. Jumlah pelancong
untuk masa hadapan mungkin terjejas.
Dalam pada itu, kerosakan dan pencemaran alam sekitar menyumbangkan
kepada kos sosial yang tinggi dan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan
ekonomi masa hadapan.
Negara kita
akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita
sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur dengan dengan
tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-sama
menghadapi cabaran dan menjanjikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di
negara kita.
5.0 SISTEM
SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN
INDUSTRI PELANCONGAN
Pada tahun
1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh
Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja dan dengan ini Perbadanan menjadi
sebuah badan berkanun. Ahli-ahli Lembaga Pengarang adalah dilantik oleh
Y.B. Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan adalah bertanggungjawab
menjalankan tugas-tugas Perbadanan dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urus
Perbadanan.
Di dalam
menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh
Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa
dan serantau, menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara
negeri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri menyertai
dalam pembangunan fizikal industri pelancongan, mengadakan perhubungan
perwakilan dan menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan pelancongan
Antarabangsa dan serantau, menempatkan Malaysia sebagai pusat konvensyen,
mengikuti perkembangan pembangunan dan mempastikan keperluan sekarang dan masa
depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri dan juga membuat
pengesyoran bagi pembangunan Wilayah, mengumpul, mengolah data-data pelancongan
dan keterangan-keterangannya bagi penggunaan statistik pelancongan, mengatur,
mengawal dan menentukan Industri Pelancongan berkembang bagi kepentingan
negara.
Dalam Rancangan
Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan telah bekerjasama dengan pihak
swasta dalam membangunkan produk-produk pelancongan baru. Kemudian, pada tahun
1994, kerajaan sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1994 (TMM 94)
dengan menawarkan 170 program dan acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan,
perayaan kebangsaan, sukan, konvensyen dan pameran.
Pelbagai
aktiviti yang menarik telah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan
bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran
kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi
(LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan
pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa
dengan promosi yang lengkap dan
meluas. Penganjuran sukan bertaraf
antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada
perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik
kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa
Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf
antarabangsa tetapi jugaterbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya,
kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan
tanpa menunggu musim-musim
tertentu sahaja.
Dengan
cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi
negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke
negara kita. Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang patut dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu
agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia kerana kata orang
tak kenal, maka tak cinta. Hasilnya, baru-baru ini Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di kota
London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian.
Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara
berkenaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai
pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar
seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang
telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.
Pada masa yang
sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan
negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Kini, terdapat
pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi
citarasa pelancong yang pelbagai. Antara lain, kerajaan mula menonjolkan
pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan bertaraf antarabangsa
seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak ketinggalan
memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam semula jadi di
Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telahpun
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan
juga menggalakkan agro pelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta
Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini pula, kerajaan
telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara
dalam bidang perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan
bagi menarik minat pelajar asing menimba ilmu di menara gading tempatan yang
menawarkan pelbagai kursus bertaraf dunia. Deduksinya, produk pelancongan yang
pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen Zoom Malaysia, iaiatu
“Segala-galanya terdapat di Malaysia”.
Tidak dapat
kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha
mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Sementalahan
pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah
mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong
selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang
untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi
pelancongan tempatan sebagai pilihan.
Salah satu cara
sokongan kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan adalah melalui,
fungsi tourism Malaysia. Tourism Malaysia akan memanfaatkan promosi dan
pemasaran digital sepenuhnya melalui penggunaan perkakasan interaktif dan media
sosial yang inovatif untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang disesuaikan
mengikut keperluan segmen pasaran khusus. Media sosial akan digunakan untuk
menguasai pasaran pelancong memandangkan pandangan dan ulasan dalam talian
menjadi semakin popular sebagai rujukan kepada pelancong dalam membuat
keputusan pengembaraan. Peserta industri akan digalakkan untuk memaksimumkan potensi
pemasaran digital dengan memanfaatkan platform yang disediakan oleh Tourism
Malaysia. Platform pemasaran akan dipertingkatkan untuk lebih mesra pengguna,
interaktif dan mempunyai kandungan yang menarik dan relevan.
Pembangunan dan
pelaksanaan produk serta kemudahan secara bersepadu antara agensi Kerajaan
Persekutuan, kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan akan
dipertingkatkan. Usaha ini adalah untuk membolehkan kecekapan dan keberkesanan
dalam pembangunan pelancongan secara lestari dengan penggunaan sumber secara
optimum dapat dicapai. Semua projek pelancongan akan dibangunkan berdasarkan
Dasar Pelancongan Negara.
6.0 LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Sebagai
sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi
yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu
menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika
alam semula jadi itu dieksploitasi
sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita
sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya
tarikannya yang tersendiri. Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang
pelancong yang menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara.Keunikan
budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menggamit kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,
Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen
menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab
semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri
pelancongan dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang
istiqamah, pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini
merentasi benua dan dunia.
Seperti
kebanyakan variabel ekonomi yang lain, kadar tukaran asing mengalami turun naik
disebabkan oleh kitaran perniagaan. Oleh
yang demikian, sebagai sebuah ekonomi kita tidak perlu bimbang dengan keadaan
semasa, kerana ianya bersifat sementara.
Lebih-lebih lagi, nilai tukaran asing merupakan ukuran secara relatif di
antara dua mata wang yang dipengaruhi antara lain oleh faktor-faktor
fundamental dan sentimen. Apa yang perlu
kita lakukan adalah dengan mengambil kesempatan daripada keadaan kini untuk
memperbaiki faktor-faktor fundamental.
Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti meningkatkan bahagian
pasaran antarabangsa dan meningkatkan kecekapan pengeluaran serta lain-lain
aktiviti berkaitan.
Usaha
menggalakkan sektor pelancongan sewaktu nilai ringgit yang rendah merupakan
strategi semasa yang baik namun kejayaannya perlu di kekalkan untuk jangka
panjang. Justeru, faktor-faktor asas
atau fundamental perlu diberi penekanan bukan hanya bergantung kepada faktor
sementara penurunan nilai ringgit.
Bermakna kejayaan yang diraih perlu dikekalkan walaupun selepas nilai
ringgit kembali meningkat. Dengan kata lain, pengusaha-pengusaha perniagaan
yang berkait secara langsung dengan aktiviti pelancongan khususnya dan
masyarakat keseluruhan umumnya, perlu mengambil kesempatan ini untuk
mempromosikan Malaysia. Perlu diingat
bahawa nilai mata wang kebanyakan negara pesaing langsung Malaysia untuk
destinasi pelancongan juga mengalami penurunan berbanding dolar Amerika. Ini bermakna Malaysia masih perlu bersaing
dengan negara-negara tersebut.
Selain
itu, untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu
memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara
kita sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang
menjadi tumpuan pelancong. Faktor utama pelancong datang di sesebuah negara
adalah kerana kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan yang
terdapat di sesebuah negara. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke
sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan
wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya
untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak
pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan
pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri
dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk
memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan
kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi
syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para
pelancong menelusuri dari satu destinasi pelancongan ke satu destinasi
pelancongan yang lain dan dapat membangunkan industri ini.
Selain
itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas,
bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak
pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana situasi
ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau
sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan
mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus
membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan
rumah penginapan yang tumbuh “seperti cendawantumbuh selepas hujan” di
bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam
usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan
penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang
dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau busuk selain bekalan air dan
elektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar
pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan
pelancong ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri
ini dapat dibangunkan.
Bukan
itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM)
wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang
terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti
boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada
menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau
media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan kewujudan
halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk
memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh
pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita
pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan
usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih banyak pelancong datang ke
negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka
tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen
kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke
peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.
Di
samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin
kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak
seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan
ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk
membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian
rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus
ditangani secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan membimbangkan pelancong
untuk melancong di negara kita dan sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh
itu, pihak berautoriti perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan
terutamanya di destinasi tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan
pelancong akan terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan
lebih banyak pondok keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin
melakukan perbuatan yang terkutuk tidak dapat dilakukan kerana adanya kawalan
dan pemantauan yang ketat oleh pihak berkuasa. Ringkasnya, aspek keselamatan
perlu dititikberatkan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan
memelihara imej negara.
Seperkara
lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan
badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran
kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi
(LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de
Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti
agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas.
Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada
perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik
kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa
Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf
antarabangsa tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya,
kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu
musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi
negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke
negara kita. Hal ini dapat diibaratkan sambil menyelam minum air. Jelaslah
bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti
negara yang menarik.
Masyarakat
juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan bidang pelancongan
negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat
Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas
melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta
pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin
mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan
dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa
kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka
dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke
Malaysia sentiasa memberikan memorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat
Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Deduksinya, sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat
membantu meningkatkan bidang pelancongan negara seterusnya dapat menyumbang
kepada kemajuan negara.
Dalam
usaha untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi melalui industri pelancongan di
negara-negara ASEAN, penganjuran ASEAN
Tourism Forum (ATF)pada tahun ini juga dirancakkan lagi dengan ‘TRAVEX’.
TRAVEX, merupakan singkatan bagi Travel
Exchange, adalah anjuran bersama ASEANTA, iaitu ASEAN Tourism Association, yang bertindak sebagai penggerak utama kepada
pembentukan pertumbuhan pembangunan pelancongan dan dasar-dasar di rantau
ASEAN. TRAVEX merupakan ekspo pameran bagi aktiviti penjualan dan pembelian
produk pelancongan. Melalui TRAVEX, setiap Negara anggota ASEAN berpeluang
mempamerkan produk pelancongan dan perkhidmatan masing-masing unruk ditawarkan
kepada pelancong yang melawat ke Negara mereka. Selain itu juga TRAVEX berperanan
sebagai platform utama dalam memberi peluang kepada negara-negara anggota untuk
mempromosikan produk dan kebudayaan Negara masing-masing.
Berdasarkan
penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan
untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan
obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara
bijaksana umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung
tidak berselerak. Usaha yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara
sistematik dan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Diharapkan
industri pelancongan negara ini akan terus berkembang dan sentiasa meniti dari
bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja,
diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
industri pelancongan merupakan industri yang mempunyai banyak kepentingan serta
sumbangan terhadap pembangunan ekonomi negara. Walaupun menghadapi pelbagai
halangan dan cabaran dalan setiap pelaksanaan serta perancangan dalam memajukan
industri pelancongan ini. Namun adanya sistem sokongan yang ditawarkan oleh
pihak kerajaan dan swasta melalui langkah-langkah yang ada, industri
pelancongan ini mampu maju ke hadapan dan membangun sejajar dengan kepesatan
pembangunan ekonomi negara. Hal ini kerana, sektor pelancongan memainkan
peranan penting dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara dan pembangunan
industri pelancongan.
RUJUKAN
4. http://www.bharian.com.my/node/89720
7. Rangkaian
Khidmat Awam Negeri Sarawak ( January- March 2014),Rakan Sarawak, ppk
235/11/2012 (030651)
No comments:
Post a Comment