Friday 17 June 2016



1.0 PENGENALAN INDUSTRI PELANCONGAN
1.1 Industri                                                        
Perindustrian bermaksud penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan perkhidmatan.Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan dikebanyakan negara membangun, terutama dari segi daya pengeluaran dan daya keupayaan penyerapan tenaga buruh.Pada zaman sebelum merdeka hinggalah sekarang, sektor perindustrian mencatatkan sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi Negara.
Dalam proses memajukan Negara , tonggak kepimpinan Negara telah mengambil langkah berwibawa dengan membawa kemajuan dan transformasi dalam sektor ini .Ini merupakan inisiatif  bijak dari pihak kerajaan dimana ia telah memandang penting kenyataan ,“Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah berasaskan kepada sektor  perindustrian” Hal ini telah menjadikan sektor perindustrian di Negara ini antara sektor terpenting dalam penyumbang kemajuan Negara. Sektor perkhidmatan terdiri daripada pelbagai subsektor yang sebahagiannya boleh diperdagangkan termasuklah industri pelancongan.
1.2 Pelancongan
Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong (Matthieson dan Wall, 1991).
Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam (Salah Wahab dan Cooper, 2003).
Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).
Ironinya, begitulah serba ringkas senario perkembangan sektor pelancongan di dunia sehingga ke hari ini. Malah, kini dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan hubungan yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain, sektor pelancongan terus menjadi sektor yang semakin berkembang terutamanya dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan pelancong sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang sebanyak RM 18.1 bilion kepada pendapatan negara (Malaysia, 2006). Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan (Nurulashila Khalid, 2006).
1.3 Industri Pelancongan
Oxford English Dictionary mendefinisikan pelancongan adalah orang yang membuat lawatan atau kunjungan pada masa kelapangan (Honey, 1999). Di Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan.
Kini Malaysia di iktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi pelancongan utama, dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi penerimaan global. Industri pelancongan juga merupakan penyumbang yang penting kepada ekonomi Negara. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.
Pelancongan merujuk kepada pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, dan ia merangkumi subsektor yang berikut: penginapan, membeli-belah, produk pelancongan (iaitu ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik.
Malaysia mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk melonjakkan dirinya menjadi destinasi pelancongan yang utama. Industri pelancongan sudah sememangnya besar, telah pun berkembang secara tekal dengan pantas untuk tempoh 10 tahun yang lepas dan juga mempunyai kedudukan daya saing global yang kukuh. Asas yang kukuh ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi Negara.
2.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Di Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan (Zainab dan Shaharuddin, 1997:177; Ghazali Musa, 2000:144). Tourism Development Corporation of Malaysia (TDC) ditubuhkan pada tahun 1972, perbadanan ini bertanggungjawab menjalankan pembangunan pelancongan. Pada masa itu, TDC tidak diberi keutamaan dengan kewangan yang terhad. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1987. Kementerian ini memainkan peranan dalam menyediakan insentif, meningkatkan mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih menyeluruh dan menyediakan peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia sehingga ke hari ini.
Kejayaan pembangunan dalam industri pelancongan dapat dilhat melalui kejayaan Tahun Melawat Malaysia 1990, sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus meningkat. Malahan sumbangannya masih terus meningkat lagi selepas kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998 dengan cara menggalakkan aliran masuk wang ke dalam negara dan mengurangkan aliran keluar matawang negara dan seterusnya memulihkan krisis ekonomi negara. Pada tahun ini juga kerajaan telah mengambil inisiatif dalam mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas seperti menaiktaraf jeti, menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi menampung kemasukan pelancong asing yang kian bertambah. (Unit Perancang Ekonomi, 1991). Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong diAsia Timur – selepas China dan Hong Kong.
Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit)di dalam dan luar negara.
Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar Negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum. Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.
Menurut petikan dari MStar (2012), Malaysia merekodkan ketibaan 24,714,324 pelancong asing sepanjang tahun 2011, mengatasi jumlah 24,577,196 pada 2010. Daripada jumlah itu, negara juga turut mencatatkan perolehan sebanyak RM58.3 bilion pada 2011 berbanding RM56.5 bilion pada tahun sebelumnya. Seterusnya tahun 2012, Malaysia mencatat rekod peningkatan kedatangan pelancong sebanyak +1.2% dengan jumlah sebanyak 9,438,592 orang bagi lima bulan pertama tahun 2012.
Purata kedatangan pelancong ke Malaysia dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan demi peningkatan walaupun terdapat beberapa punca masalah yang berlaku di Malaysia seperti wabak penyakit, perubahan cuaca dan peristiwa yang terkini yang menimpa Malaysia adalah berkaitan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 serta kemalangan yang menimpa pesawat MH17 yang menggemparkan seluruh dunia. Hal ini dijangkakan purata pelancong melawat Malaysia akan menurun tetapi sebaliknya. Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia memberi kenyataan bahawa sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014. Walaupun suatu tahun penuh duka sengsara yang menyaksikan dunia turut bersedih namun industri pelancongan kita masih mampu menarik 27.44 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion. (Berita Harian Online, 2015).
Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK). Unit Perancangan Ekonomi (2010) Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong. Hal ini menunjukkan bahawa sejak awal tahun 80-an sehingga kini perhatian kerajaan terhadap sektor tersebut.

3.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN  EKONOMI NEGARA.
Nilai ringgit telah susut berbanding dengan mata wang rakan dagang utama, termasuk Amerika Syarikat, Great Britain, zon euro, Japan, China, Singapura dan Thailand.  Semenjak September 2014 sehingga kini, nilai ringgit telah susut di dalam lingkungan 20% berbanding dengan nilai mata wang negara-negara tersebut.  Sektor eksport dan pelancongan domestik dijangka mendapat manfaat dari penurunan nilai ringgit ini.  Barangan Malaysia menjadi lebih murah di pasaran antarabangsa jika di bayar dengan dolar Amerika.  Begitu juga pelancong-pelancong yang menggunakan dolar Amerika untuk berbelanja di Malaysia merasa seolah-olah mereka 20% lebih kaya.
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah mensasarkan kehadiran pelancong seramai 29 juta pelancong dengan pendapatan RM89 billion pada tahun 2015 sempena penganjuran Tahun Festival (MyFest 2015). Hal ini disebabkan pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Melalui kedatangan pelancong asing, dapatlah sesebuah negara memperoleh kadar pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak.  Setiap pelancong membawa mata wang asing untuk berbelanja serta membayar kos penginapannya selama menetap di sesuatu destinasi. Pelancong juga akan menggunakan kemudahan awam, membeli cenderamata, makanan, minuman dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat menambahkan pendapatan negara. Seterusnya, wang yang diperolehi oleh kerajaan dapat digunakan  untuk pembangunan ekonomi, kemudahan-kemudahan pelancongan dan pembangunan fizikal negara.

Dari segi ekonomi, sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita.Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
Di samping itu,sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Oeh itu,sektor pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara kita.
Dari segi politik,sektor pelancongan dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia.Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini telah membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa,”Sambil Menyelam Minum Air”.
4.0 HALANGAN ATAU CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan.
Antara cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan negara-negara yang lain. Hal ini demikian, bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.
Terdapat berbagai motif yang mendorong pelancong asing untuk melancong di Malaysia, termasuk membeli belah atau cuma ingin menikmati kecantikan alam semula jadi.  Perlu diingat bahawa Malaysia merupakan salah satu destinasi membeli belah yang utama di dunia.  Maka nilai ringgit yang rendah membuatkan barangan Malaysia bertambah kompetitif.   Tidak kurang juga pelancongan bermusim terutama dari hemisfera utara yang melarikan diri dari kesejukan sambil menikmati keindahan tropika, terutama bersempena cuti hujung tahun. 
Tidak kira apa alasan sekali pun, sudah pasti pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke sesuatu negara menginginkan pengalaman yang terbaik.  Antara lain, mereka ingin melihat persekitaran yang bersih, masyarakat yang berbudi bahasa dan mereka tidak tertipu.  Kita sering mendengar laporan pelancong asing tertipu di sana sini, terutama berkaitan dengan mendiskriminasikan harga.  Walaupun, ianya merupakan kes-kes yang terpencil namun memberikan kesan yang amat buruk kepada imej negara. Majoriti pengusaha-pengusaha yang jujur terkesan dengan sikap segelintir pengusaha yang rakus sebegitu.  
Malaysia mempunyai banyak produk pelancongan berkaitan alam semula jadi yang unik dan bertaraf dunia.  Tidak kurang ramai pelancong yang memfokuskan kepada produk alam semula jadi, seperti pantai, hutan dan sebagainya.  Namun tidak kurang juga sebahagian dari produk tersebut telah dicemari oleh manusia, sama ada dirosakkan atau dikotori.  Sudah tentu, keadaan sebegini memberi pengalaman yang tidak enak untuk pengunjung di sebalik anugerah semula jadi yang menakjubkan. Pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa kini, negara kita mempunyai alam sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong hendak menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.
Selain itu, tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran yang kita akanhadapi politikyang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.Sebagai contoh, Pergaduhan yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah menyebabakan pelancong dari negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan kaselamatan diri semasa melancong. Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang keindahan negara kerana imej yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan membawa lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan membawa banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.
Bukan itu sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga merupakan salah satu faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap bahawa mereka akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan kerana pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang tidak sama di negara lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti permainan, seni, persembahan yang tradisional dan seandai-andainya.
Umumnya, faktor-faktor negatif yang berkaitan dengan sikap manusia tersebut memberi kesan sampingan yang buruk kepada industri pelancongan, terutama untuk jangka masa panjang.  Ianya memberi publisiti negatif untuk negara.  Jumlah pelancong untuk masa hadapan mungkin terjejas.  Dalam pada itu, kerosakan dan pencemaran alam sekitar menyumbangkan kepada kos sosial yang tinggi dan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi masa hadapan.
Negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur dengan dengan tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-sama menghadapi cabaran dan menjanjikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di negara kita.


5.0 SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Pada tahun 1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja dan dengan ini Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun.  Ahli-ahli Lembaga Pengarang adalah dilantik oleh Y.B. Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Perbadanan dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urus Perbadanan.
Di dalam menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa dan serantau, menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara negeri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri menyertai dalam pembangunan fizikal industri pelancongan, mengadakan perhubungan perwakilan dan menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan pelancongan Antarabangsa dan serantau, menempatkan Malaysia sebagai pusat konvensyen, mengikuti perkembangan pembangunan dan mempastikan keperluan sekarang dan masa depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri dan juga membuat pengesyoran bagi pembangunan Wilayah, mengumpul, mengolah data-data pelancongan dan keterangan-keterangannya bagi penggunaan statistik pelancongan, mengatur, mengawal dan menentukan Industri Pelancongan berkembang bagi kepentingan negara.
Dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan telah bekerjasama dengan pihak swasta dalam membangunkan produk-produk pelancongan baru. Kemudian, pada tahun 1994, kerajaan sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1994 (TMM 94) dengan menawarkan 170 program dan acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaan, sukan, konvensyen dan pameran.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.  Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi   yang   lengkap   dan   meluas.  Penganjuran sukan   bertaraf   antarabangsa   dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi jugaterbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan   tanpa   menunggu   musim-musim   tertentu   sahaja.
Dengan   cara   ini,   kita   dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia kerana kata orang tak kenal, maka tak cinta. Hasilnya, baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.
Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Kini, terdapat pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi citarasa pelancong yang pelbagai. Antara lain, kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan juga menggalakkan agro pelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara dalam bidang perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan bagi menarik minat pelajar asing menimba ilmu di menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus bertaraf dunia. Deduksinya, produk pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen Zoom Malaysia, iaiatu “Segala-galanya terdapat di Malaysia”.
Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan.
Salah satu cara sokongan kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan adalah melalui, fungsi tourism Malaysia. Tourism Malaysia akan memanfaatkan promosi dan pemasaran digital sepenuhnya melalui penggunaan perkakasan interaktif dan media sosial yang inovatif untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang disesuaikan mengikut keperluan segmen pasaran khusus. Media sosial akan digunakan untuk menguasai pasaran pelancong memandangkan pandangan dan ulasan dalam talian menjadi semakin popular sebagai rujukan kepada pelancong dalam membuat keputusan pengembaraan. Peserta industri akan digalakkan untuk memaksimumkan potensi pemasaran digital dengan memanfaatkan platform yang disediakan oleh Tourism Malaysia. Platform pemasaran akan dipertingkatkan untuk lebih mesra pengguna, interaktif dan mempunyai kandungan yang menarik dan relevan.
Pembangunan dan pelaksanaan produk serta kemudahan secara bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah untuk membolehkan kecekapan dan keberkesanan dalam pembangunan pelancongan secara lestari dengan penggunaan sumber secara optimum dapat dicapai. Semua projek pelancongan akan dibangunkan berdasarkan Dasar Pelancongan Negara.
6.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong yang menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara.Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menggamit kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri pelancongan dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah, pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.
Seperti kebanyakan variabel ekonomi yang lain, kadar tukaran asing mengalami turun naik disebabkan oleh kitaran perniagaan.  Oleh yang demikian, sebagai sebuah ekonomi kita tidak perlu bimbang dengan keadaan semasa, kerana ianya bersifat sementara.  Lebih-lebih lagi, nilai tukaran asing merupakan ukuran secara relatif di antara dua mata wang yang dipengaruhi antara lain oleh faktor-faktor fundamental dan sentimen.  Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengambil kesempatan daripada keadaan kini untuk memperbaiki faktor-faktor fundamental.  Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti meningkatkan bahagian pasaran antarabangsa dan meningkatkan kecekapan pengeluaran serta lain-lain aktiviti berkaitan.  
Usaha menggalakkan sektor pelancongan sewaktu nilai ringgit yang rendah merupakan strategi semasa yang baik namun kejayaannya perlu di kekalkan untuk jangka panjang.  Justeru, faktor-faktor asas atau fundamental perlu diberi penekanan bukan hanya bergantung kepada faktor sementara penurunan nilai ringgit.  Bermakna kejayaan yang diraih perlu dikekalkan walaupun selepas nilai ringgit kembali meningkat. Dengan kata lain, pengusaha-pengusaha perniagaan yang berkait secara langsung dengan aktiviti pelancongan khususnya dan masyarakat keseluruhan umumnya, perlu mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan Malaysia.  Perlu diingat bahawa nilai mata wang kebanyakan negara pesaing langsung Malaysia untuk destinasi pelancongan juga mengalami penurunan berbanding dolar Amerika.  Ini bermakna Malaysia masih perlu bersaing dengan negara-negara tersebut.

Selain itu, untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Faktor utama pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan industri ini.
 Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap,  hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh “seperti cendawantumbuh selepas hujan” di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau busuk selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan.

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan kewujudan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.

Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan membimbangkan pelancong untuk melancong di negara kita dan sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya di destinasi tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih banyak pondok keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan perbuatan yang terkutuk tidak dapat dilakukan kerana adanya kawalan dan pemantauan yang ketat oleh pihak berkuasa. Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.
             
Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat diibaratkan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti negara yang menarik.

Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan bidang pelancongan negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberikan memorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Deduksinya, sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat membantu meningkatkan bidang pelancongan negara seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

Dalam usaha untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi melalui industri pelancongan di negara-negara ASEAN, penganjuran ASEAN Tourism Forum (ATF)pada tahun ini juga dirancakkan lagi dengan ‘TRAVEX’. TRAVEX, merupakan singkatan bagi Travel Exchange, adalah anjuran bersama ASEANTA, iaitu ASEAN Tourism Association, yang bertindak sebagai penggerak utama kepada pembentukan pertumbuhan pembangunan pelancongan dan dasar-dasar di rantau ASEAN. TRAVEX merupakan ekspo pameran bagi aktiviti penjualan dan pembelian produk pelancongan. Melalui TRAVEX, setiap Negara anggota ASEAN berpeluang mempamerkan produk pelancongan dan perkhidmatan masing-masing unruk ditawarkan kepada pelancong yang melawat ke Negara mereka. Selain itu juga TRAVEX berperanan sebagai platform utama dalam memberi peluang kepada negara-negara anggota untuk mempromosikan produk dan kebudayaan Negara masing-masing.
Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara bijaksana umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Usaha yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik dan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Diharapkan industri pelancongan negara ini akan terus berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja, diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, industri pelancongan merupakan industri yang mempunyai banyak kepentingan serta sumbangan terhadap pembangunan ekonomi negara. Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan cabaran dalan setiap pelaksanaan serta perancangan dalam memajukan industri pelancongan ini. Namun adanya sistem sokongan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta melalui langkah-langkah yang ada, industri pelancongan ini mampu maju ke hadapan dan membangun sejajar dengan kepesatan pembangunan ekonomi negara. Hal ini kerana, sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara dan pembangunan industri pelancongan.




RUJUKAN
4.    http://www.bharian.com.my/node/89720
7.    Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak ( January- March 2014),Rakan Sarawak, ppk 235/11/2012 (030651)

                                                  
Text Box: LAMPIRAN

Thursday 16 June 2016

INDUSTRI PELANCONGAN


1.0 PENGENALAN INDUSTRI PELANCONGAN

1.1 Industri                                                        

Perindustrian bermaksud penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan perkhidmatan.Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan dikebanyakan negara membangun, terutama dari segi daya pengeluaran dan daya keupayaan penyerapan tenaga buruh.Pada zaman sebelum merdeka hinggalah sekarang, sektor perindustrian mencatatkan sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi Negara.

Dalam proses memajukan Negara , tonggak kepimpinan Negara telah mengambil langkah berwibawa dengan membawa kemajuan dan transformasi dalam sektor ini .Ini merupakan inisiatif  bijak dari pihak kerajaan dimana ia telah memandang penting kenyataan ,“Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah berasaskan kepada sektor  perindustrian” Hal ini telah menjadikan sektor perindustrian di Negara ini antara sektor terpenting dalam penyumbang kemajuan Negara. Sektor perkhidmatan terdiri daripada pelbagai subsektor yang sebahagiannya boleh diperdagangkan termasuklah industri pelancongan.

1.2 Pelancongan

Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong (Matthieson dan Wall, 1991).

Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam (Salah Wahab dan Cooper, 2003).

Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).

Ironinya, begitulah serba ringkas senario perkembangan sektor pelancongan di dunia sehingga ke hari ini. Malah, kini dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan hubungan yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain, sektor pelancongan terus menjadi sektor yang semakin berkembang terutamanya dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan pelancong sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang sebanyak RM 18.1 bilion kepada pendapatan negara (Malaysia, 2006). Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan (Nurulashila Khalid, 2006).

1.3 Industri Pelancongan

Oxford English Dictionary mendefinisikan pelancongan adalah orang yang membuat lawatan atau kunjungan pada masa kelapangan (Honey, 1999). Di Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan.

Kini Malaysia di iktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi pelancongan utama, dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi penerimaan global. Industri pelancongan juga merupakan penyumbang yang penting kepada ekonomi Negara. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

Pelancongan merujuk kepada pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, dan ia merangkumi subsektor yang berikut: penginapan, membeli-belah, produk pelancongan (iaitu ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik.

Malaysia mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk melonjakkan dirinya menjadi destinasi pelancongan yang utama. Industri pelancongan sudah sememangnya besar, telah pun berkembang secara tekal dengan pantas untuk tempoh 10 tahun yang lepas dan juga mempunyai kedudukan daya saing global yang kukuh. Asas yang kukuh ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi Negara.

2.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Di Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan (Zainab dan Shaharuddin, 1997:177; Ghazali Musa, 2000:144). Tourism Development Corporation of Malaysia (TDC) ditubuhkan pada tahun 1972, perbadanan ini bertanggungjawab menjalankan pembangunan pelancongan. Pada masa itu, TDC tidak diberi keutamaan dengan kewangan yang terhad. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1987. Kementerian ini memainkan peranan dalam menyediakan insentif, meningkatkan mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih menyeluruh dan menyediakan peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia sehingga ke hari ini.

Kejayaan pembangunan dalam industri pelancongan dapat dilhat melalui kejayaan Tahun Melawat Malaysia 1990, sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus meningkat. Malahan sumbangannya masih terus meningkat lagi selepas kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998 dengan cara menggalakkan aliran masuk wang ke dalam negara dan mengurangkan aliran keluar matawang negara dan seterusnya memulihkan krisis ekonomi negara. Pada tahun ini juga kerajaan telah mengambil inisiatif dalam mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas seperti menaiktaraf jeti, menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi menampung kemasukan pelancong asing yang kian bertambah. (Unit Perancang Ekonomi, 1991). Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong diAsia Timur – selepas China dan Hong Kong.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar Negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum. Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Menurut petikan dari MStar (2012), Malaysia merekodkan ketibaan 24,714,324 pelancong asing sepanjang tahun 2011, mengatasi jumlah 24,577,196 pada 2010. Daripada jumlah itu, negara juga turut mencatatkan perolehan sebanyak RM58.3 bilion pada 2011 berbanding RM56.5 bilion pada tahun sebelumnya. Seterusnya tahun 2012, Malaysia mencatat rekod peningkatan kedatangan pelancong sebanyak +1.2% dengan jumlah sebanyak 9,438,592 orang bagi lima bulan pertama tahun 2012.

Purata kedatangan pelancong ke Malaysia dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan demi peningkatan walaupun terdapat beberapa punca masalah yang berlaku di Malaysia seperti wabak penyakit, perubahan cuaca dan peristiwa yang terkini yang menimpa Malaysia adalah berkaitan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 serta kemalangan yang menimpa pesawat MH17 yang menggemparkan seluruh dunia. Hal ini dijangkakan purata pelancong melawat Malaysia akan menurun tetapi sebaliknya. Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia memberi kenyataan bahawa sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014. Walaupun suatu tahun penuh duka sengsara yang menyaksikan dunia turut bersedih namun industri pelancongan kita masih mampu menarik 27.44 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion. (Berita Harian Online, 2015).

Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK). Unit Perancangan Ekonomi (2010) Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong. Hal ini menunjukkan bahawa sejak awal tahun 80-an sehingga kini perhatian kerajaan terhadap sektor tersebut.

 

3.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN  EKONOMI NEGARA.

Nilai ringgit telah susut berbanding dengan mata wang rakan dagang utama, termasuk Amerika Syarikat, Great Britain, zon euro, Japan, China, Singapura dan Thailand.  Semenjak September 2014 sehingga kini, nilai ringgit telah susut di dalam lingkungan 20% berbanding dengan nilai mata wang negara-negara tersebut.  Sektor eksport dan pelancongan domestik dijangka mendapat manfaat dari penurunan nilai ringgit ini.  Barangan Malaysia menjadi lebih murah di pasaran antarabangsa jika di bayar dengan dolar Amerika.  Begitu juga pelancong-pelancong yang menggunakan dolar Amerika untuk berbelanja di Malaysia merasa seolah-olah mereka 20% lebih kaya.

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah mensasarkan kehadiran pelancong seramai 29 juta pelancong dengan pendapatan RM89 billion pada tahun 2015 sempena penganjuran Tahun Festival (MyFest 2015). Hal ini disebabkan pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Melalui kedatangan pelancong asing, dapatlah sesebuah negara memperoleh kadar pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak.  Setiap pelancong membawa mata wang asing untuk berbelanja serta membayar kos penginapannya selama menetap di sesuatu destinasi. Pelancong juga akan menggunakan kemudahan awam, membeli cenderamata, makanan, minuman dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat menambahkan pendapatan negara. Seterusnya, wang yang diperolehi oleh kerajaan dapat digunakan  untuk pembangunan ekonomi, kemudahan-kemudahan pelancongan dan pembangunan fizikal negara.

 

Dari segi ekonomi, sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita.Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Di samping itu, sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Oeh itu, sektor pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara kita.

Dari segi politik,sektor pelancongan dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia.Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini telah membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa,”Sambil Menyelam Minum Air”.

4.0 HALANGAN ATAU CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan.

Antara cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan negara-negara yang lain. Hal ini demikian, bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.

Terdapat berbagai motif yang mendorong pelancong asing untuk melancong di Malaysia, termasuk membeli belah atau cuma ingin menikmati kecantikan alam semula jadi.  Perlu diingat bahawa Malaysia merupakan salah satu destinasi membeli belah yang utama di dunia.  Maka nilai ringgit yang rendah membuatkan barangan Malaysia bertambah kompetitif.   Tidak kurang juga pelancongan bermusim terutama dari hemisfera utara yang melarikan diri dari kesejukan sambil menikmati keindahan tropika, terutama bersempena cuti hujung tahun. 

Tidak kira apa alasan sekali pun, sudah pasti pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke sesuatu negara menginginkan pengalaman yang terbaik.  Antara lain, mereka ingin melihat persekitaran yang bersih, masyarakat yang berbudi bahasa dan mereka tidak tertipu.  Kita sering mendengar laporan pelancong asing tertipu di sana sini, terutama berkaitan dengan mendiskriminasikan harga.  Walaupun, ianya merupakan kes-kes yang terpencil namun memberikan kesan yang amat buruk kepada imej negara. Majoriti pengusaha-pengusaha yang jujur terkesan dengan sikap segelintir pengusaha yang rakus sebegitu.  

Malaysia mempunyai banyak produk pelancongan berkaitan alam semula jadi yang unik dan bertaraf dunia.  Tidak kurang ramai pelancong yang memfokuskan kepada produk alam semula jadi, seperti pantai, hutan dan sebagainya.  Namun tidak kurang juga sebahagian dari produk tersebut telah dicemari oleh manusia, sama ada dirosakkan atau dikotori.  Sudah tentu, keadaan sebegini memberi pengalaman yang tidak enak untuk pengunjung di sebalik anugerah semula jadi yang menakjubkan. Pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa kini, negara kita mempunyai alam sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong hendak menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.

Selain itu, tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran yang kita akan hadapi politik yang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.Sebagai contoh, Pergaduhan yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah menyebabakan pelancong dari negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan kaselamatan diri semasa melancong. Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang keindahan negara kerana imej yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan membawa lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan membawa banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.

Bukan itu sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga merupakan salah satu faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap bahawa mereka akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan kerana pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang tidak sama di negara lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti permainan, seni, persembahan yang tradisional dan seandai-andainya.

Umumnya, faktor-faktor negatif yang berkaitan dengan sikap manusia tersebut memberi kesan sampingan yang buruk kepada industri pelancongan, terutama untuk jangka masa panjang.  Ianya memberi publisiti negatif untuk negara.  Jumlah pelancong untuk masa hadapan mungkin terjejas.  Dalam pada itu, kerosakan dan pencemaran alam sekitar menyumbangkan kepada kos sosial yang tinggi dan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi masa hadapan.

Negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur dengan dengan tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-sama menghadapi cabaran dan menjanjikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di negara kita.

 

 

5.0 SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Pada tahun 1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja dan dengan ini Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun.  Ahli-ahli Lembaga Pengarang adalah dilantik oleh Y.B. Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Perbadanan dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urus Perbadanan.

Di dalam menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa dan serantau, menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara negeri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri menyertai dalam pembangunan fizikal industri pelancongan, mengadakan perhubungan perwakilan dan menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan pelancongan Antarabangsa dan serantau, menempatkan Malaysia sebagai pusat konvensyen, mengikuti perkembangan pembangunan dan mempastikan keperluan sekarang dan masa depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri dan juga membuat pengesyoran bagi pembangunan Wilayah, mengumpul, mengolah data-data pelancongan dan keterangan-keterangannya bagi penggunaan statistik pelancongan, mengatur, mengawal dan menentukan Industri Pelancongan berkembang bagi kepentingan negara.

Dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan telah bekerjasama dengan pihak swasta dalam membangunkan produk-produk pelancongan baru. Kemudian, pada tahun 1994, kerajaan sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1994 (TMM 94) dengan menawarkan 170 program dan acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaan, sukan, konvensyen dan pameran.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.  Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi   yang   lengkap   dan   meluas.  Penganjuran sukan   bertaraf   antarabangsa   dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi jugaterbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan   tanpa   menunggu   musim-musim   tertentu   sahaja.

Dengan   cara   ini,   kita   dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia kerana kata orang tak kenal, maka tak cinta. Hasilnya, baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Kini, terdapat pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi citarasa pelancong yang pelbagai. Antara lain, kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan juga menggalakkan agro pelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara dalam bidang perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan bagi menarik minat pelajar asing menimba ilmu di menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus bertaraf dunia. Deduksinya, produk pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen Zoom Malaysia, iaiatu “Segala-galanya terdapat di Malaysia”.

Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan.

Salah satu cara sokongan kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan adalah melalui, fungsi tourism Malaysia. Tourism Malaysia akan memanfaatkan promosi dan pemasaran digital sepenuhnya melalui penggunaan perkakasan interaktif dan media sosial yang inovatif untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang disesuaikan mengikut keperluan segmen pasaran khusus. Media sosial akan digunakan untuk menguasai pasaran pelancong memandangkan pandangan dan ulasan dalam talian menjadi semakin popular sebagai rujukan kepada pelancong dalam membuat keputusan pengembaraan. Peserta industri akan digalakkan untuk memaksimumkan potensi pemasaran digital dengan memanfaatkan platform yang disediakan oleh Tourism Malaysia. Platform pemasaran akan dipertingkatkan untuk lebih mesra pengguna, interaktif dan mempunyai kandungan yang menarik dan relevan.

Pembangunan dan pelaksanaan produk serta kemudahan secara bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah untuk membolehkan kecekapan dan keberkesanan dalam pembangunan pelancongan secara lestari dengan penggunaan sumber secara optimum dapat dicapai. Semua projek pelancongan akan dibangunkan berdasarkan Dasar Pelancongan Negara.

6.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong yang menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menggamit kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri pelancongan dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah, pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.

Seperti kebanyakan variabel ekonomi yang lain, kadar tukaran asing mengalami turun naik disebabkan oleh kitaran perniagaan.  Oleh yang demikian, sebagai sebuah ekonomi kita tidak perlu bimbang dengan keadaan semasa, kerana ianya bersifat sementara.  Lebih-lebih lagi, nilai tukaran asing merupakan ukuran secara relatif di antara dua mata wang yang dipengaruhi antara lain oleh faktor-faktor fundamental dan sentimen.  Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengambil kesempatan daripada keadaan kini untuk memperbaiki faktor-faktor fundamental.  Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti meningkatkan bahagian pasaran antarabangsa dan meningkatkan kecekapan pengeluaran serta lain-lain aktiviti berkaitan.  

Usaha menggalakkan sektor pelancongan sewaktu nilai ringgit yang rendah merupakan strategi semasa yang baik namun kejayaannya perlu di kekalkan untuk jangka panjang.  Justeru, faktor-faktor asas atau fundamental perlu diberi penekanan bukan hanya bergantung kepada faktor sementara penurunan nilai ringgit.  Bermakna kejayaan yang diraih perlu dikekalkan walaupun selepas nilai ringgit kembali meningkat. Dengan kata lain, pengusaha-pengusaha perniagaan yang berkait secara langsung dengan aktiviti pelancongan khususnya dan masyarakat keseluruhan umumnya, perlu mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan Malaysia.  Perlu diingat bahawa nilai mata wang kebanyakan negara pesaing langsung Malaysia untuk destinasi pelancongan juga mengalami penurunan berbanding dolar Amerika.  Ini bermakna Malaysia masih perlu bersaing dengan negara-negara tersebut.

 

Selain itu, untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Faktor utama pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan industri ini.

 Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap,  hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh “seperti cendawan tumbuh selepas hujan” di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau busuk selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan.

 

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan kewujudan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.

 

Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan membimbangkan pelancong untuk melancong di negara kita dan sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya di destinasi tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih banyak pondok keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan perbuatan yang terkutuk tidak dapat dilakukan kerana adanya kawalan dan pemantauan yang ketat oleh pihak berkuasa. Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.

             

Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat diibaratkan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti negara yang menarik.

 

Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan bidang pelancongan negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberikan memorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Deduksinya, sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat membantu meningkatkan bidang pelancongan negara seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

 

Dalam usaha untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi melalui industri pelancongan di negara-negara ASEAN, penganjuran ASEAN Tourism Forum (ATF) pada tahun ini juga dirancakkan lagi dengan ‘TRAVEX’. TRAVEX, merupakan singkatan bagi Travel Exchange, adalah anjuran bersama ASEANTA, iaitu ASEAN Tourism Association, yang bertindak sebagai penggerak utama kepada pembentukan pertumbuhan pembangunan pelancongan dan dasar-dasar di rantau ASEAN. TRAVEX merupakan ekspo pameran bagi aktiviti penjualan dan pembelian produk pelancongan. Melalui TRAVEX, setiap Negara anggota ASEAN berpeluang mempamerkan produk pelancongan dan perkhidmatan masing-masing unruk ditawarkan kepada pelancong yang melawat ke Negara mereka. Selain itu juga TRAVEX berperanan sebagai platform utama dalam memberi peluang kepada negara-negara anggota untuk mempromosikan produk dan kebudayaan Negara masing-masing.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara bijaksana umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Usaha yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik dan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Diharapkan industri pelancongan negara ini akan terus berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja, diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.

 

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, industri pelancongan merupakan industri yang mempunyai banyak kepentingan serta sumbangan terhadap pembangunan ekonomi negara. Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan cabaran dalan setiap pelaksanaan serta perancangan dalam memajukan industri pelancongan ini. Namun adanya sistem sokongan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta melalui langkah-langkah yang ada, industri pelancongan ini mampu maju ke hadapan dan membangun sejajar dengan kepesatan pembangunan ekonomi negara. Hal ini kerana, sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara dan pembangunan industri pelancongan.

 

 

 

 

RUJUKAN

  1. http://www.bharian.com.my/node/89720
  2. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak ( January- March 2014),Rakan Sarawak, ppk 235/11/2012 (030651)

 

                                                  

Text Box: LAMPIRAN